home  |   wedding  |   portrait  |  corporate  |   blog  |   your investment  |   contact us 

Solemnization : Hafiz | Sofiah

Tanggal 8 Mei 2010 bertempat di Masjid Guar Perahu berlangsungnya Majis Akad Nikah di antara Hafiz dan Sofiah. Pengantin lelaki telah tiba di perkarangan masjid seawal jam 12.45 sebelum azan solat Zohor dilaungkan. Bersama-sama pengantin lelaki adalah kaum keluarganya dan juga wakil keluarga perempuan. Debaran jelas terpancar di wajah hafiz tatkala menunggu akad nikah dijalankan. Pengantin tetap tersenyum menaikkan seri wajah pengantin.

Apa-apa pun inilah memori yang dapat dirakamkan oleh KameraMin untuk tatapan semua.

Photobucket

Hafiz dan Sofiah - Nikah 03

Hafiz dan Sofiah - Nikah 01

Hafiz dan Sofiah - Nikah 09

Hafiz dan Sofiah - Nikah 04

Hafiz dan Sofiah - Nikah 02

Hafiz dan Sofiah - Nikah 06

Hafiz dan Sofiah - Nikah 08

Hafiz dan Sofiah - Nikah 05

Hafiz dan Sofiah - Nikah 07

Selesai majlis akad nikah, bapa Sofiah menjemput semua hadirin datang ke rumahnya untuk jamuan makan. Setiba di rumah pengantin perempuan, Hafiz dan Sofiah di kelilingi saudara mara Sofiah. Kedua-dua pengantin 'dibuli' untuk beraksi di hadapan kamera. Pengantin memang melayan je sume karenah fotografer-fotografer. Suasana di bilik pengantin sangat ceria melihatkan gelagat pengantin yang segan-segan nak post (malu tapi mau).

Sampai ke sudah hampir pukul 5 petang, pengantin lelaki masih tak menjamah makanan walaupun dia yang beriye-iye menjemput fotografer-fotografer makan. Kenyang dah selesai akad nikah agaknye.. hehe..

Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu, cicit dan abadi hingga ke syurga. Selamat mengharungi alam berumahtangga.





Join Us
Photobucket  Photobucket


Wedding : Hafiz + Sofea



Join Us
9 Mei 2010 -  Berlangsungnya majlis perkahwinan Hafiz dan Sofiah, bertempat di taman perumahan Guar Perahu, Pulau Pinang. Rombongan pengantin lelaki tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan tepat jam 2 petang bersama-sama 9 dulang hantaran sebagai hadiah.

Makanan kat kenduri ni memang best. Tapi makan last-last sebab nak amek gambar pengantin dulu. Majlis memang meriah, maklumlah bapa Sofiah ialah pensyarah di USM dah mestilah dia akan jemput semua student-student dia. Tak cukup dengan tu, kawan-kawan Sofiah pon turut hadir meramaikan lagi majlis.

Tak putus-putus orang datang sehinggalah ke petang. Agaknya, kalau sambung sampai malam pon masih ada orang lagi ni (fotografer la tumpang makan!)

Bingkisan-bingkisan grafik untuk tontonan semua. Kepada yang tak berpeluang menghadiri majlis, harapnya gambar ni dapat la dijadikan kenangan.

Hafiz dan Sofiah - P 11

Hafiz dan Sofiah - P 01

Hafiz dan Sofiah - P 03

Hafiz dan Sofiah - P 04

Hafiz dan Sofiah - P 09

Hafiz dan Sofiah - P 10

Hafiz dan Sofiah - P 02

Hafiz dan Sofiah - P 05

Hafiz dan Sofiah - P 06

Hafiz dan Sofiah - P 07

Hafiz dan Sofiah - P 08

Hafiz dan Sofiah - P 08

Di penghujung majlis, walaupun pengantin kelihatan sedikit letih tapi jelas terpancar seri di wajah mereka. Semoga berbahagia selalu dan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata yang comel-comel belaka.


Photobucket Photobucket

Engagement : Asyraff | Zawani

Majlis Pertunangan di antara Asyraff dan Wani belangsung di Taman Dato' Haron di Petaling Jaya. Majis yang sederhana namun tetap meriah dihadiri sanak saudara memenuhi segenap ruang rumah sampai OP pon tak dapat cukup ruang untuk amek gambar terbaik. Camtu la meriah dan ramainya saudara mara dan tetamu. Kehadiran rombongan pihak lelaki juga memeriahkan lagi majliis. Sebanyak 5 buah kenderaan y membawa kesemua rombongan pihak lelaki termasuk Asyraff sendiri. Moden katanya, yang nak bertunang pon datang sekali.

Enjoy gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung. Dengar cerita, Asyraff bekerja di luar negara dan balik Malaysia semata-mata untuk majlis pertunangan ini. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan!! Walau jauh merantau gadis Melayu jugak yang dicari.

Asyraff dan Wani 12

Asyraff dan Wani 01

Asyraff dan Wani 02

Asyraff dan Wani 06

Asyraff dan Wani 08

Asyraff dan Wani 09

Asyraff dan Wani 07
Asyraff dan Wani 05


Asyraff dan Wani 04

Asyraff dan Wani 10

Dipenghujungnya, segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Cincin tanda pertunangan telah disarungkan oleh ibu Asyraff. Tarikh majlis persandingan juga turut ditetapkan semasa perbincangan. Semoga majlis persandingan yang akan dilangsungkan pada bulan Ogos 2010  akan berlangsung dengan lebih meriah dan lancar.

Tahniah kepada kedua-dua pasangan yang telah bergelar tunangan orang!!!





Join Us
Photobucket  Photobucket