14 Mac 2010 bertempat di Kampung Sementa, Jalan Kapar, Klang berlangsungnya Majlis Perkahwinan di antara Hafnie dan pasangannya Hairie. Di sebelah pagi turut diadakan Majlis Khatam al-Quran sebagai majlis penyeri perkahwinan.
Seawal jam 10.00 pagi tetamu sudah mula tiba ke majlis perkahwinan. Sampai la ke pukul 4.30 petang, barulah tetamu surut. Majlis yang diadakan meriah sebab ada rewang.
Pihak pengantin lelaki telah tiba sekitar jam 2.00 petang diiringi paluan kompang beserta rombongan pihak lelaki.
Foto-foto di majlis perkahwinan tersebut.
Pengantin lelaki memang sempoi habis dan ceria masa nak amek gambar. Macam-macam ekspresi muka penantin lelaki buat. Gambar yang diambil jadi menarik. Aku doakan semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat.
a proud member of KameraMin
Pelamin dan andaman oleh
Join Us
0 comments:
Post a Comment