Majlis Pertunangan di antara Asyraff dan Wani belangsung di Taman Dato' Haron di Petaling Jaya. Majis yang sederhana namun tetap meriah dihadiri sanak saudara memenuhi segenap ruang rumah sampai OP pon tak dapat cukup ruang untuk amek gambar terbaik. Camtu la meriah dan ramainya saudara mara dan tetamu. Kehadiran rombongan pihak lelaki juga memeriahkan lagi majliis. Sebanyak 5 buah kenderaan y membawa kesemua rombongan pihak lelaki termasuk Asyraff sendiri. Moden katanya, yang nak bertunang pon datang sekali.
Enjoy gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung. Dengar cerita, Asyraff bekerja di luar negara dan balik Malaysia semata-mata untuk majlis pertunangan ini. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan!! Walau jauh merantau gadis Melayu jugak yang dicari.
Dipenghujungnya, segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Cincin tanda pertunangan telah disarungkan oleh ibu Asyraff. Tarikh majlis persandingan juga turut ditetapkan semasa perbincangan. Semoga majlis persandingan yang akan dilangsungkan pada bulan Ogos 2010 akan berlangsung dengan lebih meriah dan lancar.
Tahniah kepada kedua-dua pasangan yang telah bergelar tunangan orang!!!
0 comments:
Post a Comment